Sunday, 3 June 2012

terasa

terasa.

terasa sendiri.

bila giliran aku? betullah. hidayah perlu dicari. bukan menunggu dia sampai.

melihat sekeliling. normal melihat benda-benda tersebut. 

susah. nak berubah perlukan kekuatan. istiqamah.

bukan tidak pernah terdetik. cuma.. aku takut. aku takut aku gagal untuk istiqamah.

dikelilingi kawan-kawan yang baik. sangat baik. istilah baik bagi aku di sini ialah dari segi auratnya.

sangat tertutup. aku? agak ala kadar. melihat mereka yang di sekeliling aku berubah membuatkan aku terdetik. bukan sekali. banyak kali. tapi.. aku tak cukup kuat lagi.

berubah kerana Allah. bukan kerana siapa-siapa. aku mahu yang itu.

permulaan. sedikit-sedikit. aku sedang dalam proses percubaan. aku cuba untuk istiqamah. walaupun kadang-kadang aku tewas. doakan aku. 


0 comments:

Post a Comment