Sunday, 24 November 2013

hidup tak selalunya indah

hidup tak selalunya indah. couldn't agree more.
kalau dulu time kecik-kecik, kita mesti nak hidup kita smooth je kan? dapat kerja elok-elok, dapat duduk rumah besar, dapat suami hensem and macam-macam lagi lah. simple word, 'happily ever after'. tapi kita terfikir tak yang kadang-kadang life kita akan diuji. kalau tak sekarang, esok ke, lusa ke, bila-bila je lah.

sakit. sakit bila terkena. itu perasaan aku.

bukan senang nak hilang rasa tu bila tengok orang post gambar sana sini. okay. aku tau bukan salah diorang tapi tipu la kan takkan lah takde langsung rasa jealous tu. mesti ada even sekelumit pun. tapi alhamdulilah rasa tu dah berkurang sekarang. insyaAllah aku try untuk redha.

banyak hikmah aku berjaya singkap and alhamdulillah aku ditempatkan bersama mereka yang senasib dengan aku. aku belajar banyak benda baru. banyak sangat. mereka yang mempunyai rasa yang sama sahaja tahu bagaimana rasa tersebut. sebelum ni maybe aku tak pernah nak rasa bersyukur dengan apa yang ada kat sekeliling aku. aku leka. aku lupa.

"kalau Dia tak uji kau sekarang, maybe time kau degree ke. insyaAllah time degree kau nanti dipermudahkan" "intec tu maybe tempat persinggahan kau nak kenal Dia" "maybe Allah tau asas kita tak kuat lagi, sebab tu dia suruh kita buat foundation balik" "Allah nak uji kau betul ke ready nak buat medic. medic lagi tough kot nanti"

those words. ayat-ayat tu yang buat aku bangun balik. aku kena kuat. takkan la nak jatuh terjelepok je. sekarang aku sedang merangkak lagi. still berusaha bertatih untuk berdiri.

aku sangat kagum dengan mereka-mereka yang berani mengatakan kepada dunia aku tak lepas. aku tukar course. tak buat medic dah. rasa macam nak goncang tubuh diorang and tanya "apsal korang kuat sangat hah?" sebab aku tak seberani tu. the feeling of alienated still ada.

.
.
.
.

okayyy. yang atas tu post dulu2 yang aku tak berani nak post. alhamdulillah sekarang aku dah redha dah. totally. insyaAllah. btw, aku dpt 4.0 flat aritu. >_< kawan-kawan aku pun. doakan plak utk 2nd sem ni :)