Saturday, 31 December 2011

welcome, 2012 !

tahun baru. actually aku takde feeling apa-apa pun.

just going with the flow. orang wish sana sini. aku pun sama.

termenung sebentar. maal hijrah tak ramai pun yang nak sambut. even nak baca doa awal dan akhir tahun pun liat. that's more than enough.

haih.

sedih jugak tengok anak muda zaman sekarang ni. cop cop aku pun anak muda jugak laaaa...

merempit sana sini. tengok je lah berita esok. tahun baru disambut dengan benda-benda tak berfaedah.

okay, back to the topic.

aku nak listkan azam tahun baru aku je sebenarnya. dah melalut benda lain pulak.

azam aku 2012 ni:

bismilahirrahmannirrahim...*gaya warm-up

# study tak nak last minute dah. *doakan. susah ni !
# matured sikit *ni memang azam aku every year. tapi tak pernah nak jadi pun. haha..
# jadi perempuan yang cukup kriteria *memasak laa. selalu mak aku kat sebelah je.
# jadi seorang muslimah yang lebih awesome *insyaallah
# banggakan ayah dengan ummie

okay, memang azam aku lebih kurang sama je every year. tapi at least ada improvement even sikit pun.

aminnn~moga 2012 ni lebih baik untuk aku. welcome, 2012 !

Friday, 30 December 2011

time to change

ragam manusia. macam-macam.

adik bertudung labuh. abang rambut macam pelangi. haish, kelibat 2 orang tu manarik perhatian aku. eh cop cop betul ke adik-abang ni ? okay, tak tau. just my assumption.

hurm, lagi sekali aku tekankan. aku bukan alim.

terdetik sebentar. mungkin adiknya cuba merubah abangnya sedikit demi sedikit. poitive thinking.

okay, back to the real point.

tahun baru akan tiba kurang dari 24 jam. refleksi diri amat diperlukan dalam waktu-waktu begini.

haih.

memang tahun 2011 ni bukan tahun yang baik bagi aku.

kenapa?

sebab aku bukan budak sekolah lagi? haih. alasan amata-mata.

sekolah banyak mengajar aku qimulail, solat sunat, mathurat, majmuan. keluar sekolah, buat. tapi kuantitinya amatlah kurang. tu belum masuk bab kualiti.

agak menyesal.

tapi semua tu dah pun berlalu.

semoga tahun 2012 ni lebih baik untuk aku.

aku akan cuba.

anda?

p/s: aku baru dapat lesen P tadi. ayah okay je suruh aku bawak. tapi ummie aku plak yang tak kasi. sayang akulah katakan. heee...

Thursday, 29 December 2011

what you should do if you're facing worries and heart ache

nah! credit to kak Dena Bahrin. sangat-sangat useful tips-tips dia. just sharing. :)

WHAT YOU SHOULD DO IF YOU'RE FACING WORRIES AND HEART ACHE.

  • cry , just cry . it's okay! even if you're a guy .Really.
  • But jangan lupa , menangis tu jangan terbawak bawak sangat.
  • and to make it way better, sambil nangis mohon Allah kuatkan hati.
  • and to make it the best , pray . Yes,pray. Qiyamullail is the best where time tu the best time untuk communicate with Allah sebab time tu sangat sunyi and time berdoa tu nak menangis nak apa.silakan.ALLAH MAHA MENDENGAR. 
  • other than that , read quran.walau satu ayat. read quran or dengar orang baca quran.feel it.
  • Don't curse. akan lagi keraskan hati and gelapkan hati.if TER, cepat2 istighfar.

ego - part 2

memang aku tak faham. tapi aku try untuk faham. bagi aku peluang.

kawan aku. aku risau sangat dia akan jadi macam senior aku tu. emo. tu memang diri dia. and benda tu yang makin buat aku risau. iman memang ada. tapi dia still akan goyah, kan? aku doa sangat dia tak buat benda bukan-bukan.

dia rasa diri dia kalah. kalah dengan perempuan. ego dia jatuh. semua sebab perempuan. dia kalah dengan perasaan sendiri. and again semua sebab perempuan. okay, aku tak nak cakap lebih-lebih sebab aku perempuan. dan maybe orang yang akan baca ni pun perempuan.*macam ada orang baca je.


dan perempuan tu pun kawan aku jugak.

okay, back to bussiness.

bagi aku takde istilah win or loss dalam hal ni. dua-dua orang salah. and tolonglah belajar terima kenyataan. tak semua benda yang kita nak kita akan dapat.

macam-macam cara nak lepaskan kemarahan. sampaikan tumbuk-tumbuk dinding, meja and macam-macam lagilah. bagi aku, buat sakit tangan je kot nanti. problem tetap tak settle jugak. baik buat solat sunat ataupun ambil wuduk je pun dah cukup. sebab syaitan suka orang yang tengah marah ni. cuba bayangkan syaitan-syaitan tu bersorak time kita tengah marah.

nak cakap pasal emo. okay, aku memang tak expert pun. tapi pleaselah control sikit. aku kesian kat kau. and aku memang dah tak boleh nak tolong apa-apa sebab tu hak dia. pilihan dia.

kadang-kadang aku tak faham. bagi aku, kita still boleh hidup without the opposite gender. okay, fine. memang we need each other. aku bukan tak percaya cinta ea. tapi belum tiba waktunya.

lumrah remaja. terasa mahu disayangi dan menyayangi. tapi kalau benda tu sampai effect study, mana lebih penting ? study or cinta ? aku lebih prefer study. benda tu boleh jamin masa depan aku. kalau cinta pulak, tak semestinya orang yang sekarang dengan kita ni akan jadi pasangan kita nanti. perjalanan kita masih panjang. okay, maybe ada yang cakap sebagai penaik semangatlah konon. tapi kalau dah effect study tu, pekebenda lah ! buku melayang entah ke mana. ramai je berjaya without opposite gender.

jodoh. tak ke mana kalau ada. kadang-kadang kita tak perlu cari, kalau ada, adalah. doa je dari sekarang agar dipermudahkan jodoh. tu prinsip aku. letakkan study as the first priority. cita-cita aku yang lebih penting.

p/s: agak lari dari tajuk. sekadar luahan. topik hangat budak remaja. biasalah.







ego - part 1

ego lelaki. memang aku tak faham. ok fine !

betapa hebatnya ego diorang sampaikan tak nak kalah kat perempuan.

belajar daripada pengalaman orang lain. memang bukan pengalaman aku. tapi kawan-kawan aku.

senior aku. lelaki. memang baik dengan aku. aku belajar daripada pengalaman silam dia. seorang yang ceria dan banyak cakap. dan benda yang paling mengejutkan aku ialah dia pernah cuba untuk membunuh diri. mula-mula memang susah aku nak percaya. tapi kawan aku a.k.a. junior sekolah dia mengiyakan benda tu.

semua disebabkan perempuan. clash. perempuan tu curang dengan dia. memang sangat sadis cerita dia. selama aku kenal dia, aku tau dia seorang yang setia. sangat-sangat caring. sampaikan kadang-kadang aku rasa dia dah macam ayah aku dah. terlalu over protective. even ayah aku bukan over protective pun. aku still diberi kebebasan. dan aku hargai kebebasan tu. aku try jaga diri aku.

okay, berbalik cerita dia tadi. sem 1 dia memang disaster giler. sampaikan kawan-kawan dia pun risau tengok dia yang camtu. dan alhamdulillah dia try bangkit balik. cerita pasal macam mana dia sedar balik tu aku tak pasti. aku tak berani lah nak tanya. even cerita yang dia nak bunuh diri tu pun dia sendiri yang rela hati nak cerita. so aku tak berani nak tanya lebih-lebih.

alhamdulillah sekarang dia yang nasihatkan orang lain. based on experience sendirilah katakan. dan aku salah seorang yang diberi nasihat tu. "focus study dulu. tak payah nak fikir-fikir cinta tu. dia akan datang sendiri. kalau ada jodoh, adalah nanti." dan aku pegang kata-kata tu sampai bila-bila.

p/s: tu prinsip aku. yours? your own. no force.

tersepit

tersepit. itu situasi aku sekarang. pada asalnya aku ingin menulis semalam tetapi disebabkan aku penat, aku tangguhkan hingga ke hari ini.

haish, ambil feel seketika.

.....

entah. aku suka tengok kawan aku happy. tapi aku rasa cara macam ni tak betul. nak tegur pun susah. aku bukanlah jenis type-type yang alim pun. tapi aku try jaga diri aku. it's enough. yang simple-simple aku tegur juga kadang-kadang tapi part bab camni aku susah sikit.

aku senang tengok dia boleh jadi diri dia sendiri bila dengan budak tu. tapi even tak declare couple pun, cara diorang still menampakkan benda tu. as orang cakap 'niat tidak menghalalkan cara'. aku tau cara ni tak betul.
tapi aku tak boleh tegur diorang. camne tu?

haish, aku rasa banyak kali aku mengeluh semenjak dua menjak ni. aku still kena ada orang bimbing. kalau dulu, ada je yang bimbing aku. now, aku kena berdikari. mula-mula masuk INTEC, ada seorang kawan aku ni yang boleh betulkan silap aku. malangnya, dia dah fly dulu. before dia fly dulu pun, dia still ingatkan aku. 

kalau bohsia pun boleh berubah, takkan aku tak boleh. aku cuma seorang gadis biasa yang cuba berubah ke arah yang lebih baik.

problem pasal kawan aku tu. aku akan cuba elakkan diorang jumpa selalu sangat. sebab memang aku yang akan selalu temankan diorang time jumpa. 

p/s: aku nak try masuk kelab PSC sem ni. insyaallah kelab ni dapat membimbing aku ke arah yang lebih baik. doakan aku. 


Sunday, 25 December 2011

life

hidup ni umpama roda. sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. aku rasa hidup aku ni sedang melalui fasa-fasa berada di bawah.

everything is perfect.

bukan nak membangga diri. sekolah rendah, aku always no.1. padahal aku tak study sangat pun. time nak exam je aku study. perangai tu memang dah sebati dalam diri aku till sekarang. then UPSR. alhamdulillah 5A. aku dapat offer masuk SBP.

sekolah menengah pulak, time lower form senanglah nak dapat top 10 tu. then, bila naik upper form, aku start merundum. time form 4 especially. top 20 pun aku susah nak jejak. final exam form 4 aku memang teruk. lagipun aku exam lambat daripada orang lain. memang disaster gila hidup aku time tu. hanya Allah je yang tau.  aku down jugak mula-mula sebab aku kena turun kelas second time f5.

tapi ada hikmah di sebaliknya. aku try bangkit balik and maintainkan markah aku. upper form memang susah nak dapat A. dah dapat A- tu kira bersyukur sangat dah. alhamdulillah trial SPM aku straight A's even banyak A- pun. then SPM alhamdulillah aku dapat 10A.

next, aku lepas interview JPA. smooth gila perjalanan hidup aku. alhamdulillah. aku masuk INTEC.

and aku still dengan perangai study last minute aku. tapi A-Level is not easy. seriously! bagi aku, ia menguji kepantasan kita berfikir. aku still belum dapat adapt lagi dengan benda-benda tu even dah habis sem 1 dah.

nak naik sem 2 dah pun! -.-"

entah macam mana results aku nanti. dah lah carry marks aku teruk. antara the lowest dalam kelas. sob2..

Ya Allah, lembutkanlah hati pemeriksa yang menanda kertas aku. tenangkanlah hatinya. berikanlah aku markah yang baik-baik. aminn~

p/s : post di atas disebabkan perasaan yang cuak sangat dengan results final sem 1 yang tak tau keluar bila lagi. haih, tak nak naik sem 2 boleh tak? cuti makin habis.

Wednesday, 21 December 2011

drama aku

alhamdulilah....*bunga-bunga bahagia

setelah mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran, aku berjaya dapatkan lesen 'P'. macam-macam drama aku kena tempuh before pass. tu pun baru kereta. motor belum lagi. nampak gayanya aku kena pergi menghadap driving school lagi lah bulan 5 cuti sem nanti.

haish..

pelik kan? aku yang sengaja nak habiskan kereta dulu. aku ingatkan sempat je nak sambung after pass kereta nanti. dengan bangganya aku meng-announce 3rd time baru aku pass kot. bangga giler ! haha..

meaning aku rasa aku orang 1st kot ada 3 'L' nanti. yang 1st tu memang 'L' sia-sia je. yang 2nd 'L' aku untuk kereta. sampai bulan 2 nanti. tapi aku bulan 1 dah naik kolej dah. aku kena buat 'L' ke-3 lah nanti kan. untuk motor pulak.

papepun, aku dah pass kereta. tak sabar nak ronda-ronda. aku jealous je tengok kawan-kawan aku yang dah expert ke hulu ke hilir tu.hehe..

Monday, 19 December 2011

totally random

aku tau sangat that thing gonna be happen. tapi tak lah seteruk yang aku sangka.

apa feeling budak-budak yang berpenat-lelah before ni?

sia-sia je kan weiyh !

aku one of them. ya Allah, camne lah aku nak face dyorang? kalau takde housemate aku takpe lah gak

ni ! 2 orang tu housemate aku !

aku nampak list tadi. kejap je aku bukak. then aku tak sanggup lagi dah. aku rasa nak out je from that group.

ya Allah, berilah aku kekuatan.

camne dyorang pilih hah? tak fair lah!

dia bukan nampak pun selama ni sape yang bertungkus-lumus

n i got nothing! ZERO!

selama ni aku ajak dyorang, dyorang bukan nak pun. aku tak paksa. and dengan senang-lenangnya dyorang dapat jawatan tu.

aku plak? ZERO! sekali je aku tak pegi sebab ayah aku tak kasi. dah lah buat time cuti. aku jauh laaaa !!!!

aku sedih, sedih, sedih ni!!!!

aku bukan nak sangat jawatan tu. tapi, at least lah bagi kat orang yang dah tunjuk muka before ni.

ni sekali pun tak nampak muka. terus dapat? memang tak fair!!!!!

now ni, apa aku nak buat nanti? aku dah rasa tak nak join je dah. tapi i'm totally stuck with that club.

Ya Allah, berilah aku kekuatan!

Wednesday, 14 December 2011

disaster weeks !

uwaaaaaa !!!!!

banyak betul dugaan dan halangan untuk aku nak dapat lesen ni

failed lagi !

next week 3rd time dah !

apsal laa aku pegi langgar tiang masa nak kuar parking tadi ???

arghhhh !!!!

tension !

Saturday, 10 December 2011

kau buat aku addicted dengan manga ni, shikin !

siap kau nanti !

tapi

okay jugak

sebab takde la aku mati kebosanan kat rumah ni

dah la takde homework

Wednesday, 7 December 2011

hai, hati !

haih

apsal la hati aku ni semenjak dua ni ?

tak betul agaknya

adrenaline terlebih

atau aku yang dah berubah

stop it laaahhhh !!!!

close that heart !

TIGHTLY !

no more space

for anyone

I'M NOT READY YET !

please?

jangan awak goyahkan prinsip saya selama ni
mungkin bukan rezeki aku hari ini.

setiap kejayaan bermula dari kegagalan.

don't you ever give up !

Friday, 2 December 2011

dah besar

haih.

dah besar rupanya kawan-kawan aku ni

dulu semua kecil-kecil lagi

aku je yang tak membesar

haish

#naktinggilagi

abaikan yang atas tu

Thursday, 1 December 2011

I made it !

alhamdulillah :)

everything happens for a reason

learn from mistakes, dear !

note that in your mind !

p/s: pray for me for the real one next week

Monday, 28 November 2011

independent

manja.

tak. aku bukan manja.

tapi bila parents aku ada, aku jadi tak independent.

aku perasan benda tu.

tapi nak buat camne.

aku terpaksa berdikari apabila diorang takde.

sampaikan kawan-kawan aku cakap aku ni independent sangat.

terpaksa. kalau tak, camne nk hidup kan?

fikirkan....

Friday, 25 November 2011

pendengar yang baik

that's the facts !

bukan seorang yang mengatakan. tapi ramai.

bangga? maybe.

tetapi kadang-kadang aku terfikir.

"i'm a good listener. tapi problem aku?"

pendam sendiri. kalau diberi pilihan, spill or pendam.

aku pilih pendam.

bukan tiada kawan baik. ada. baik dan begitu mengambil berat.

cuma,

aku belum bersedia.

hati aku. masalah aku. semua tentang diri aku.

akan aku simpan sendiri.

belum tiba waktunya....

confident

aku?

nampak je. kat dalam, hanya Allah je tau.

dup dap dup dap !

rasa itu hanya aku seorang sahaja yang tahu. tidak perlu dikongsi.

semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku.

Thursday, 24 November 2011

matang

"bila kau nak matang ni?"

"matured la sikit, Aqilah!"

semua kata-kata tersebut sudah sebati dengan diri aku. yang aku anggap hanya hembusan angin lalu.

bagi aku, matang itu subjektif. aku boleh menjadi matang dalam sesetengah hal.

kita perlu fleksible dalam hidup.

terlalu matang. tak best! tak dapat enjoy life!

perlu sentiasa serius dalam semua hal.

serius? aku?

susah kot. kadang-kadang semua benda aku ambil mudah.

simple.

satu perkataan untuk diri aku.

i'm not a complicated person.

mengaku bahawa diriku sedikit kebudak-budakan. aku senang begitu. janji aku tidak mengacau hidup orang lain. ahhh, pedulikan. semua orang ada hak untuk bersuara.

terlalu serius. stress.

aku stress jika dikelilingi orang sebegitu. kalau boleh aku elakkan, aku akan cuba.

lumrah. hidup ini tidak selalu sempurna. tidak boleh aku elakkan. aku cuba untuk belajar memahami dia.

rasanya tidak perlu untuk sebutkan namanya disini. kawan. aku akan cuba memahami kau.

p/s: that's just my opinion. yours? your own. no force.

Wednesday, 23 November 2011

ragam

ada juga orang begitu iye. memang aku tidak faham.

mengutuk orang lain. padahal diri sendiri sebahagian dari benda yang dikutuk.

apa tujuannya sendiri aku tidak tahu.

hurm, macam-macam ragam.

manfaat yang diperoleh memang amat kabur. tidak sayang langsung dengan diri sendiri.

ataupun sengaja mencari perhatian. mahu semua orang mengenali dirinya. hanya dirinya yang tahu tujuan sebenar.

stress.

mungkin itu salah satu caranya mahu mengurangkan stress. ada orang membaca, menjerit, bersiar-siar.

dan dia memilih untuk mengutuk orang lain. dan perkara yang dikutuk merupakan sebahagian daripada dirinya.

pelik.

serius pelik.

hurm, biarkan.

setiap orang mempunyai hak masing-masing.

mungkin itu caranya mahu menunjukkan kekurangan kasih sayang. siapa tahu...

Tuesday, 22 November 2011

izinkan aku

aku mahu menulis. tapi tiada idea.

apabila idea datang mencurah-curah, aku bukan berada di depan screen ini.

izinkan aku menulis walau sebaris kata.

aku tidak perlu meminta izin kamu kerana aku tahu aku mempunyai kebebasan untuk menulis kerana ini blog aku. 

jujur aku katakan aku masih mentah dalam dunia ini. bimbinglah aku ke jalan yang benar. tegur aku jika aku salah. 


realiti

segalanya sudah tertulis. aku hanya aku.

bukan siapa-siapa yang boleh menjadi diri aku. aku hanya seorang gadis biasa yang terjerat di dalam dunia sains. cuba membina hubungan dengan ramai kawan.

'VARIETY'

satu perkataan yang boleh mendefinisikan kawan-kawan yang telah aku temui. blissful. ragam manusia memang pelbagai. tapi tak semua yang aku boleh ngam. aku masih cuba untuk menyesuaikan diri.

aku seorang yang simple. tidak pernah cuba untuk memilih kawan. aku berkawan dengan semua orang. tapi tak semua boleh menjadi geng aku. aku cuba menilai seseorang pada pertemuaan pertama. tapi aku tau 'Don't you ever judge a book by its cover'.

p/s: no point. just random.

Sunday, 20 November 2011

hmm

hmm,

berikan aku masa okay? aku tengah merubah blog ni.

semua benda perlu berubah dan semuanya memerlukan masa.

p/s: cuti lama lagi. take your time.


Thursday, 3 November 2011

pengorbanan

petang yang sunyi.

teringat plak kat ayah, ummie, along, kak yang dan adik.

warghh~miss them a lot....

"ummie, kakak tak nak balik ea raya haji ni?"

"takpe. lagipun nak balik dah kan 2 minggu lagi"

memang jawapan tu yang aku harapkan tapi makin lama aku rasa 2 minggu tu panjang sangat. plus ramai gila kawan-kawan aku balik. iye la, raya haji kan? siapa yang tak nak beraya dengan family. aku pernah je masa form 5 beraya kat sekolah. memang tak boleh balik sebab dah nak SPM. tapi feeling dia lain sekarang.

dulu ummie ngan ayah datang melawat aku almost every week. now, jangankan jemput balik, melawat pun tak pernah lagi. aku faham. sangat-sangat faham. dulu 45 minutes je dari rumah ke sekolah aku. now ni kalau naik bas tu sampai 5 jam la gak. jauh kn? aku ingatkan Kedah tu lagi jauh dari Shah Alam. tapi rupa-rupanya sama je.

kalau dulu aku tak pernah naik bas balik. now ni, aku kena balik naik bas. aku tak kisah pun. aku rasa aku makin independent now.

kalau dulu aku nak jalan sorang-sorang kat kedai pun takut. sekarang aku pernah je sampai kl sentral tu sorang-sorang. jangan ummie tau sudah. haha.. tapi aku takkan buat lagi kot pasni. insyaallah~ bahaya la anak dara jalan sorang-sorang. ngeri je aku dengar cerita kawan aku pasal kekejaman dunia sekarang. cess~ skema gila ayat. haha..

yang penting aku study elok-elok. final sem dah ni. kejap je aku rasa. dah la aku ni main-main je sem ni. insyaallah final aku buat betol-betol. aku tak nak la kecewakan hati ummie ngan ayah.

ingat Aqilah! bukan senang nak dapat scholar. so kau dah dapat please la buat betul-betul.

study leave ni alhamdulillah aku study even baca tidur baca tidur pun. thanks la kat kawan aku (mun ngan jeeha) yang sama-sama study ngan aku. tolong kejutkan aku yang liat bangun pagi ni. hehe..even korang yang influence aku untuk tidur sebab aku tak boleh nampak orang tidur. haha.. aku rasa kalau aku study kat rumah memang tak study la jawabnya. according to my mum's, aku yang ajak adik aku main bukan adik aku yang ajak aku main. haha..

so the conclusion here is anything must have sacrification even that's hurts you.

p/s: doakan final exam aku 10/ 11 ni. aku sentiasa doakan semua kawan-kawan aku. :)

Friday, 21 October 2011

alpa

basah.

titik-titik hujan jatuh membasahi bumi.

aku termenung sendiri melihat keindahan alam ciptaan Allah.

jauh di sudut hatiku ada sekelumit perasaan kecewa.

mutiara-mutiara jernih cuba untuk aku simpan

bukan ini masanya. hatiku merintih sendiri.

aku sedar aku harus kuat untuk menempuh dugaan yang mendatang

"hai, hati! tabahlah engkau. perjuanganmu belum sampai ke noktah yang terakhir lagi. masih ada masa untuk membetulkan segalanya. bersabarlah, sayang!"

kata-kata tadi begitu tajam menikam hatiku. pedih bagai dihiris-hiris.

aku sedar aku yang alpa

aku sedar aku yang leka

aku sedar semua berpunca dari diriku

"ya Allah, aku sedar aku leka baru-baru ini dalam mengingatimu. aku lupa tentang-Mu. ampunkan dosa hamba-Mu ini, ya Allah. tolonglah aku dalam mencari reda-Mu. aku ingin menuntut ilmu kerana-Mu. bimbinglah aku ke jalan yang benar. peliharalah aku dalam limpahan iman dan tawakal kepada-Mu. ampunkan dosa hamba-Mu yang hina ini. amin"

sabarlah, hati. ini semua ujian buat-Mu. ingatlah bukan selalu kita di atas. sekali-sekala kita akan berada di bawah juga. dan aku rasa waktu itu telah sampai untuk aku.

jika selama ini aku merasa kesenangan, waktu kesusahan telah menjemput aku tika ini.

bersabarlah. tingkatkan usaha dan banyakkan berdoa.

aku takut.

aku takut.

aku takut.

takut akan mengecewakan ibu bapaku.

takut akan mengecewakan diri sendiri.

takut mengecewakan rakan-rakanku.

masa berlalu bagaikan angin. tidak terasa aku kepantasan ia berlalu.

esok aku akan berjuang sebagai seorang pelajar dalam menebus maruahnya kembali yang hampir tercalar dek kealpaan diri.

doakan aku final exam untuk CTIS (islamic studies). :)

p/s: doakan hujan sampai malam. aku malas nak pegi practice silat. heee~ :P

Tuesday, 18 October 2011

hati



heartless?

nope! semua datang dari hati aku

kalau seribu kali aku rasa sayang

sejuta rasa itu tetap ada dan akan selamanya tersemat di situ

p/s : random

closed

tutup.

hati aku totally closed for that thing. heartless sangat ke aku ni? entah la. kadang-kadang betul gak apa yang dyorg cakap kan. tapi sorry la. aku tak ready lagi untuk benda-benda cenggitu. future aku lebih penting daripada semua benda-benda ni. tapi since sorang kawan aku cakap "kau bukalah hati kau tu". tapi aku tak boleh. sorry kawan!

nawaitu aku kat sini untuk STUDY. it will be my priority. insyaallah. Allah akan guide aku sepanjang aku kat sini. I have Him. only to Him~

Saturday, 8 October 2011

Wahai Lelaki...

~* WAHAI LELAKI.. *~

Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu :
•.♥• Bawalah dia ke jalan Allah,
•.♥• Nasihatilah dia,
•.♥• Perbetulkan kesilapannya,
•.♥• Jagalah dia dgn baik,
•.♥• Kasihanilah dia,
•.♥• lindungilah dia,
•.♥• Berilah kasih syg padanya,
•.♥• Hargailah dia,
•.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
•.♥• Bersabar dengannya,
•.♥• Terimalah & cintailah kekurangannya,
•.♥• Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya..

✿..moga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..amiin..✿


Monday, 3 October 2011

confused

sejak kawan-kawan aku talk about that thing, aku dah start terpikir. aku pun tak tau kenapa. padahal before this, aku ignore je pasal benda2 cenggitu. bagi aku benda tu nonsense. then, bila sampai 2 orang meng-influence aku, since that kejap2 aku terpikir. then aku cite r benda tu kat kawan aku. dia pun da start terpikir da pasal benda yang sama. bila aku fikir2 balik, ada advantages gak.tapi hmmmm, ntah laaa....

Thursday, 22 September 2011

A journey

Ya Allah,

Permudahkanlah perjalanan hambamu ini
Janganlah engkau biarkan aku leka
Tetapkanlah hati aku agar belajar kerana Mu
menuntut ilmu kerana Mu
aminn~

Monday, 5 September 2011

Salah ke nak jge hati sume org?

Assalamualaikum
hmmm, xpasal2 ak involve dlm bnde ni. tp seriously ak tersepit sbb 2-2 kwn ak.niat ak baik.just xnk friendship 2 putus gtu je.sbb dri f3 kot.ttbe kwn.pasal bnde tu je trus putus kwn.xnk r cmtu kn.then bru ak sedar xsume org kte kne jge hati dy.ak klu bley mmg nk jge hati 2-2 org kwn ak tu.xnk r pasal bnde tu je friendship yg da lme terjalin tu putus gtu je.tp ak silap.xsume org ak kne jge hati dy.ak sedar ak yg silap dlm hal ni.ak makin meng-worse-kn keadaan.bnde yg ak pkir da settle rpe2 nye dy pkir lg.ak xnk r bnde tu effect study dy.ak try!da byk kali da ak ckp,nasihat kt dy,tp ntah r.xphm2 gak.ak rse ayat ak mcm sme je "sy harap awk phm".ak mmg jenis terus-terang tp mse mle2 je.xnk r ckp byk kali.common sense r!hmmm, even bnde cam xrelated ngn ak sgt,tp ak yg rse xtenteram.ntah r.best friend ak.kne r tolong kn.hmmm, lepas ni xtau r cmne.settle ke x.ak xtau.depends on bdak tu.ak try the best.abg ak siap tlg lg.haha.bkn abg btol pn.meggedik je ttbe nk jd abg ak.tlg ak buat ayat.kang ak buat ayat xsmpai plak yg ak nk ckp tu.hmmm,ntah la...ak hope sgt bnde ni settle.klu bley,mmg r ak xnk putus kwn ngn dy.tp klu makin worse,sorry to say r!bye2!bkn ak yg nk,ko yg buatkn bnde ni sume jd.

p/s: luahan prasaan je ni...diari xjmpe lak.mne tah ak cmpak.bkn ad org bce pn.

Wednesday, 24 August 2011

A step to improve..

I'm at home now. so,let's started. first of all, I'm trying to make a step ahead. what is it? improving my english. sigh~ my english is totally sucks.serious! i'm not telling a lie,but a fact. i'm not good in english so sorry if there are too lots of grammar errors or anything bad. please correct me.if you don't, i won't improving.
       blogging in english. i'm trying! many of my friends have tried it and i think it's quite good. so,i hope i will make it. so,chaiyok2!
 

Saturday, 23 July 2011

lme gler xon9. xde lappy deeerrrr....nnti bru ak bwk. ak post psl life kt intec. harap bersabar ye....

Thursday, 30 June 2011

Packing, packing, packing ~

Assalamualaikum

bape hari je lagi aku nak masuk INTEC. lusa aku dah start gerak dah. meaning sabtu r kan.haha..so, sekarang ni aku ngah busy nak packing. thing that I hate the most. sebab aku rasa nak bwk sume benda.haha..now ni pn luggage aku yg punya besar tu tak muat dah. esok aku try reducekan.klu ley r. haha..tapi cam xley je. ni dy checklist aku.
  1. baju kurung (min 10) *byk gler kn?
  2. track bottom
  3. slack
  4. t-shirt
  5. tudung + skarf 
  6. kasut : coat shoes, wedges, sandal, sport shoes.
  7. socks : skin socks (byk2) , colour2, hitam
  8. telekung + sejadah
  9. Al-quran, majmuan, mathurat
  10. pail + sabun basuh baju + sepit baju + berus
  11. hanger + ampai 
  12. toiletress : berus gigi, ubat gigi, shower foam, shampoo
  13. keperluan peribadi
  14. towel
  15. bantal + my bunny 
  16. cadar + selimut
  17. cardigan + sweater
  18. beg 4 study *xkesah r beg pape pn.
  19. ketip kuku
  20. alarm clock
  21. phone + charger
  22. purse
  23. dokumen2 penting nk msok
  24. notes2 SPM *neurone sume da xberfungsi lama sgt
  25. note books + files
  26. stationeries
  27. bedak + sikat + perfume + anything else
  28. examo
  29. belt
  30. sewing kit *senang klu pape koyak
huh~byk gler barang. rasa cam nk pindah umah lak.haha..hmmm,ada benda aku lupa lagi ke??? nanti r aku check.



Sunday, 26 June 2011

Tolong ingatkan aku !

Assalamualaikum

actually aku bukan nak citer pasal lagu anna raffali tu. just life aku after this. aku ingat lagi before SPM pun ramai gler kawan2 aku citer pasal ni. life kat luar.

aku makin hari makin cuak rasanye. bukan apa. sume orang cakap. life kt U laen. bukan kt U je. meaning after keluar sekolah. kalau dulu kat sekolah, memang bebas r buat bende pape pun. all girls school kan? haha...tapi still ada limit r. bukan suka hati je taram. tapi memang nampak gler sekarang ni.so sekarang sume orang dah start ada haluan masing2. tapi majority cakap memang awkward la bila start mix ngan boys balik.haha..cam kelakar je kn? but that's the truth.bayangkan dah 5 tahun kot study ngan perempuan je. environment ngan perempuan je. tetiba kne mix balik. sah2 la janggal. memang r bukan sume. tapi majority. and I'm one of them. haha..tapi kalau tanya budak skolah single sex, memang aku gerenti 90% cakap cenggitu. aku ingat lagi masa aku pegi PLKN aritu. mle2 memang aku rasa pelik gler. yelah. dah la tetiba kena mix ngan lelaki. haha...agak lama gak la aku amek mse nk sesuaikn diri. cam kelakar je. tp benda tu bg lesson kt aku kot. insyaallah lepas ni aku boleh sesuaikan diri.

and this thing buat aku takut sangat2. IMAN. kalau kat sekolah still ada gak orang yg guide. hmmm, kalau kat luar aku rasa sume depends on iman sendiri je. ntah la. ya Allah. takutnya aku ! and aku pernah rasa sume benda ni. eh aku rasa PLKN banyak ajar aku pasal life gak r. alhamdulillah aku dapat PLKN.haha..thanks kat kawan2 yg doakan aku dapat PLKN tu tau?! ;P masa tu, serius aku terkejut r gak bila aku tau ada gak orang yang tak solat ni. bukan aku tak tau before this.but benda2 tu tak pernah jadi kat aku. then depan mata. rasa agak terkilan r gak. tegur tu memang r tegur. tapi lumrah manusia kan. bukan nak dengar orang bagi nasihat. and ada satu benda yang aku rasa memang terkejut gler2. PREGNANT. kalau b4 this baca2 kat paper je.now ni benda tu btol2 depan mata aku. memang tak sangka r budak2 baya aku ni pregnant. ok.tu la reality of life. but 1st time aku dapat environment gitu. memang tak boleh blah r. haha..

then, sekarang ni aku just boleh minta Allah jaga aku n tetapkan iman aku ni.janganlah aku terpengaruh ngan benda2 kat luar tu. and one more. kawan2, tolong ingatkan aku ! aku still need orang bimbing aku ke arah jalan yang benar. amin~

Ya Allah,
Aku cuak sgt2....
tetapkanlah imanku
bimbinglah aku ke jalanmu
berilah aku kawan2 yang boleh membimbing aku...

dear friends, please reminds me !

Thursday, 23 June 2011

Babysitter

Assalamualaikum

ha~kalau korang nak tau ni la keje aku time cuti ni. haha...sebenarnyer bukan aku la. ummie aku. aku tolong2 je. duit ummie aku yang dapat. tapi sama je. nanti duit tu rolling gak kat aku n adik-adik aku. meh sini aku listkan benda apa yang aku kena buat.

ni anak aku
ummie yg cakap. ni anak aku. haha..tapi betol gak la kot. dari dy lahir sampai now ni, aku yang menyusu dy. eh eh bkn menyusu yg tu la. ni suapkan botol je. tapi penat gak la nak suapkan susu dy ni. sampai 3 4 kali la gak. ish3!! memang kuat menyusu btol. now ni dah besar dah dy. lagi montel + chubby. mmg pipi dy selalu jadi mangsa aku. shhhhh!!! jangan bagitau mak dy plak. part mandi kadang2. part pkai pampers + baju ada gak r aku buat. eh lpe plak nak ckp nama dy. Firas. tapi ummie suruh panggil Piko.haha..tapi mak dy xtau pn kteorg panggil Piko.haha..cute pe nama tu.

mimien

ok. yg ni mama dy siti hajar jamil. haha..aritu la. tetiba nak me-mama-kan si mimien ni. aku pun merelakan je la. bukan anak aku pn.haha...ok. nama full dy Mai Yasmin Alia. first2 mami dy suruh panggil Alia. tp biasa la ummie kan. dy yang startkan panggil Mimien tu. last2 mami dy pn panggil mimien gak.haha..pengaruh kuat ummie aku la katakan. part mandi dy memang aku la yg kena. tapi ok r jenis budak tak nangis. part buat susu ni memng aku la. sape lagi. dah pakar dah dlm hal susu2 ni. cewahh!!! haha..

Batrisya


ha~yang ni kakak Piko. biasa r. part mandi + susu tu memang keje aku la. dy ni suka nangis bila ummie takde. memang pantang r kalau ummie takde. melalak je keje. nak mandi pon nanges.

Adam and Acha

yang budak 2 org ni abang ngan kakak mimien. dyorng part suap makan. ha~lupa plak. aku suap makan si mimien ngan batrisya gak. memang kuat makan btol. especially kakak. tengok badan r.haha...mimien pun sama. tengok orang pegang pinggan je "mamam mamam". even dy dah minum susu sebotol pun boleh lagi nak makan tu .ish3! eh pasal abang ngan kakak dy kan tadi. camni. dyorg suka sangat la bergaduh. dah la kuat melawan. memang kena lepok je r. penat btol nak suruh mandi, tanggal baju, pakai baju. degil ya rabbi!

ni tepek sket muka2 babysitter

lastly, aku ngan ummie. babysiter-babysitter yang berjaya. so, sape yang berminat bolah membuat tempahan sekarang.

p/s : tak nak dah pun. dah pening dah ngan budak-budak ni. tp rindu jugak kot nanti. especially anak aku. PIKO ~

Tuesday, 21 June 2011

forms

Assalamualaikum

finally I finished completing all my forms before going to INTEC. wohoo!!! for less than 2 weeks, I got to prepare physically and mentally before come back studying. arghhh!!! for physically, I think yes. but mentally no! absolutely nope. otak dah berkarat kot ~ haha... for all these 3 months and half, what i had done was sleeping, eating and wasting the time. what a waste. ops, I forgot. after this, I will post about what I had done after my PLKN. just wait and see, ya!

Wednesday, 15 June 2011

Jealous.....

assalamualaikum...

haha...tajuk tak bley blah kan ? haha...bukan jealous apa. just jealous tengok sume orang dah start study balik. sume orang dah start masuk U tapi saya duduk lagi kat rumah ni. kalau nak cakap tak bosan tu memang tipu la kan? so saya admit memang bosan tahap petala ke-8. habis sume novel-novel saya ulang balik baca. sampaikan da naik muak dah ngan novel dah sekarang ni. tapi tak kot. dah saya ni suka sangat baca novel.hahaha....

saya dah tak sabar sangat dah nak masuk intec ni. orang lain mengeluh bila dah masuk tapi saya tetap tak sabar gak.hahaha...kan dah mengarut2 dah kat sini.

cewah!!! konon la tak sabar. kang bila dah masuk pening plak kan? hahaha....tgok buku kat atas tu...tebal2 seyh~ camne la nak hidup nanti. tapi buku kat atas tu untuk foundation. saya plak buat A-level. so laen kot....

Sunday, 12 June 2011

Happy birthday, Aqilah !

Assalamualaikum

Hari ni genap 18 tahun umur saya. huh?! mcm tua sangat plak rasa. hahaha...rmai pesan "qila,be matured". tapi best ke jadi orang besar ni? saya rasa tak best kot! haha...saya ni macam budak-budak sangat ke? kalau tak ngaku kang macam tipu diri sendiri plak kan? so mengaku je la.

tapi Qila kau kena change for a better person starting from this day. no more main-main. bukan nak serius je memanjang tapi time belajar tu please lah be serious kay? bukan senang nak dapat scholar tau. ada orang results lagi better dari kau pun tak dapat. ni kau yang dapat nak plak bazirkan duit tu. enjoy sana sini.

insyaallah saya akan try my best for A-level ni.doakan saya ye.......

nota kaki : mengarut je kn? haha...=P

Tuesday, 7 June 2011

Nawaitu - part 2

Assalamualaikum

"don't do medicine", "nak jadi doktor? tak payah la". tu sume antara kata-kata yang saya dengar masa program tu. n majority doktor MELAYU. sedeyh r gak. tapi nak buat cmne kn? kalau doktor Cina n India ramai r yang menyokong kteorang ni jadi doktor.

ok saya tau yang penting ialah.....


NAWAITU

Saya akan jadikan ni sume satu semangat buat saya. chaiyok2! 







aminn~

Friday, 27 May 2011

Nawaitu - part 1

Assalamualaikum...

From 23 until 25 may 2011, I have been at hospital sultanah aminah, johor bahru for program pendedahan kerjaya seorang doktor under JPA for medic students. All of us consists of 29 persons. then, we divided for 3 groups and I am in group 2. from that 29 persons, I could calculate only 7 malays, 4 indians and the others are chinese. majority are male. don't know why.

 these are the name lists of my groups:
    1) Sailesh (leader)
    2) Lee Sue Hong
    3) Mau Yao Hui
    4) Mok Swee Chiet
    5) Low Zhi Liang
    6) Shamir
    7) Nurul Aqilah (me)
    8) Nur Sri Syazana
    9) Wong Sin Yee
    10) Zahrah


my group members (male)


saya yang paling comel =P
continue.........

Friday, 13 May 2011

Magical~

assalamualaikum.

disebabkan ayah dan ummie yg asek suruh check je bila results JPA nak dapt so saya pon check la. ceh! nampak sangat terpaksa kn? 1st2 memang la tak nak high hope sangat tapi bila dengar ada sorang kawan ni yang sama bilangan A+ dy dapat, tros saya semangat nak check ! tapi loading lama la gak ! and the rest is history.......

*
*
*
*
*

*
*

*

hah???? saya dapat kat PENANG je ! hancur musnah segala harapan saya nak pegi OVERSEA ! huhu....terfikir baik masuk UM je.

and then, i got a call from my friend.....

saya dapat twinning programme penang medical college. saya ingatkan just study local jer. pastu, orang yang call saya tu bagitau twinning programme tu akan dapat gi OVERSEA gak ! yiiiiiihaaaaaaa!!!!! and guess what  IRELAND tu!! tapi preparation dulu dalam 2 tahun kt INTEC. then, fly IRELAND dalam dua tahun setengah n another dua tahun setengah tu kat penang medical college. ataupun, penang dulu then ireland. mana-mana je la saya tak kesah pon....

alhamdulilah...rezeki orang lain-lain kn? kawan saya ada yang dapat fully degree kat oversea. sorang kat NEW ZEALAND n sorang lagi kat INDIA. jeles r gak ! tapi saya tau Allah dah tulis dah rezeki saya macam mana. so, i'm too grateful !

TERIMA KASIH, YA ALLAH !