Friday, 21 October 2011

alpa

basah.

titik-titik hujan jatuh membasahi bumi.

aku termenung sendiri melihat keindahan alam ciptaan Allah.

jauh di sudut hatiku ada sekelumit perasaan kecewa.

mutiara-mutiara jernih cuba untuk aku simpan

bukan ini masanya. hatiku merintih sendiri.

aku sedar aku harus kuat untuk menempuh dugaan yang mendatang

"hai, hati! tabahlah engkau. perjuanganmu belum sampai ke noktah yang terakhir lagi. masih ada masa untuk membetulkan segalanya. bersabarlah, sayang!"

kata-kata tadi begitu tajam menikam hatiku. pedih bagai dihiris-hiris.

aku sedar aku yang alpa

aku sedar aku yang leka

aku sedar semua berpunca dari diriku

"ya Allah, aku sedar aku leka baru-baru ini dalam mengingatimu. aku lupa tentang-Mu. ampunkan dosa hamba-Mu ini, ya Allah. tolonglah aku dalam mencari reda-Mu. aku ingin menuntut ilmu kerana-Mu. bimbinglah aku ke jalan yang benar. peliharalah aku dalam limpahan iman dan tawakal kepada-Mu. ampunkan dosa hamba-Mu yang hina ini. amin"

sabarlah, hati. ini semua ujian buat-Mu. ingatlah bukan selalu kita di atas. sekali-sekala kita akan berada di bawah juga. dan aku rasa waktu itu telah sampai untuk aku.

jika selama ini aku merasa kesenangan, waktu kesusahan telah menjemput aku tika ini.

bersabarlah. tingkatkan usaha dan banyakkan berdoa.

aku takut.

aku takut.

aku takut.

takut akan mengecewakan ibu bapaku.

takut akan mengecewakan diri sendiri.

takut mengecewakan rakan-rakanku.

masa berlalu bagaikan angin. tidak terasa aku kepantasan ia berlalu.

esok aku akan berjuang sebagai seorang pelajar dalam menebus maruahnya kembali yang hampir tercalar dek kealpaan diri.

doakan aku final exam untuk CTIS (islamic studies). :)

p/s: doakan hujan sampai malam. aku malas nak pegi practice silat. heee~ :P

Tuesday, 18 October 2011

hati



heartless?

nope! semua datang dari hati aku

kalau seribu kali aku rasa sayang

sejuta rasa itu tetap ada dan akan selamanya tersemat di situ

p/s : random

closed

tutup.

hati aku totally closed for that thing. heartless sangat ke aku ni? entah la. kadang-kadang betul gak apa yang dyorg cakap kan. tapi sorry la. aku tak ready lagi untuk benda-benda cenggitu. future aku lebih penting daripada semua benda-benda ni. tapi since sorang kawan aku cakap "kau bukalah hati kau tu". tapi aku tak boleh. sorry kawan!

nawaitu aku kat sini untuk STUDY. it will be my priority. insyaallah. Allah akan guide aku sepanjang aku kat sini. I have Him. only to Him~

Saturday, 8 October 2011

Wahai Lelaki...

~* WAHAI LELAKI.. *~

Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu :
•.♥• Bawalah dia ke jalan Allah,
•.♥• Nasihatilah dia,
•.♥• Perbetulkan kesilapannya,
•.♥• Jagalah dia dgn baik,
•.♥• Kasihanilah dia,
•.♥• lindungilah dia,
•.♥• Berilah kasih syg padanya,
•.♥• Hargailah dia,
•.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
•.♥• Bersabar dengannya,
•.♥• Terimalah & cintailah kekurangannya,
•.♥• Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya..

✿..moga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..amiin..✿


Monday, 3 October 2011

confused

sejak kawan-kawan aku talk about that thing, aku dah start terpikir. aku pun tak tau kenapa. padahal before this, aku ignore je pasal benda2 cenggitu. bagi aku benda tu nonsense. then, bila sampai 2 orang meng-influence aku, since that kejap2 aku terpikir. then aku cite r benda tu kat kawan aku. dia pun da start terpikir da pasal benda yang sama. bila aku fikir2 balik, ada advantages gak.tapi hmmmm, ntah laaa....