Tuesday, 26 June 2012

spirit up !

lain. sangat lain. terasa lain.

bila dia yang dulu main-main belajar, kini dah mula start serius.

dan sekarang bakal terbang ke Rusia. RUSIA kot.

macam mana la kau boleh fly ? okay, rezeki orang kan. Allah yang tentukan. kita bukan tau.

aku? agak tercabar la juga. 

almaklumlah orang fly tinggalkan kita kan. aku nak fly gak kot. 

semangat aku nak serius belajar la lepas ni.

no more main-main. enough la dengan markah yang teruk-teruk tu.
okay.

new sem, new spirit, new Aqilah. eh new ke? tak kot. just the old Aqilah with a serious mode of study.

insyaallah.

p/s: kena balik awal. jadi PM MDS la latakan. *sigh


Monday, 25 June 2012

alone

forever alone.

entah. terasa sunyi pula. kat rumah pun sunyi? tak pelik la. sebab ada aku, adik, ummie dengan ayah je pun. bila ayah pergi kerja, adik pula pergi sekolah, memang tinggal aku dengan ummie je lah. tu la aku suka cuti sekolah. at least kak yang dengan adik ada kat rumah. movie marathon la jawabnya.

kalau tak, aku tengok la sorang-sorang. haha. sedih plak ayat aku ni.

sunyi ni pun sebab takde dah orang yang nak merepek dengan aku for this week kat fb.

bila seorang sibuk kerja, seorang dah fly, seorang pegi btn.

haih.

aku je la duduk kat rumah. nasib la esok aku dah balik intec balik. kalau tak, mati kutu la aku minggu ni.

tapi... nak balik tu memang berat je rasa. tak mau balik ! tak mau balik !

life must go on. *sigh


Sunday, 24 June 2012

erk?

I think I have started to miss someone.

kbai.

Monday, 11 June 2012

a few more hours

just a few more hours. *sigh

I'm getting older. bukan tak suka. cuma..

terfikir. apa je yang aku dah buat sepanjang 19 tahun ni.

19. angka yang besar. hampir ke 20. setahun je lagi.

banyak benda aku kena perbaiki lagi.

ya Allah, permudahkanlah urusanku!

Sunday, 3 June 2012

terasa

terasa.

terasa sendiri.

bila giliran aku? betullah. hidayah perlu dicari. bukan menunggu dia sampai.

melihat sekeliling. normal melihat benda-benda tersebut. 

susah. nak berubah perlukan kekuatan. istiqamah.

bukan tidak pernah terdetik. cuma.. aku takut. aku takut aku gagal untuk istiqamah.

dikelilingi kawan-kawan yang baik. sangat baik. istilah baik bagi aku di sini ialah dari segi auratnya.

sangat tertutup. aku? agak ala kadar. melihat mereka yang di sekeliling aku berubah membuatkan aku terdetik. bukan sekali. banyak kali. tapi.. aku tak cukup kuat lagi.

berubah kerana Allah. bukan kerana siapa-siapa. aku mahu yang itu.

permulaan. sedikit-sedikit. aku sedang dalam proses percubaan. aku cuba untuk istiqamah. walaupun kadang-kadang aku tewas. doakan aku.