Saturday, 5 May 2012

untukmu !

awak,
saya tau apa perasaan awak sekarang.


saya risau sangat dengan awak. saya kenal awak sangat-sangat. awak dah lama jadi kawan saya. 7 tahun dah rasanya. hati awak lembut, cepat tersentuh. cuba keraskan hati awak tu sikit.


nak tau tak, kenapa hati perempuan lembut?


sebab..


wanita cuma punya satu cinta. benda ni realiti. bukan saya buat-buat.


bila seorang yang berlainan jantina datang rapat dengan kita, ambil berat pasal kita, terlalu baik dengan kita, text kita tanpa apa-apa kepentingan, prihatin dengan kita..


kita mudah jatuh hati, mudah suka kat dia, mudah rindu kat dia, mudah senang dengan layanannya.


tapi tiba-tiba dia cakap dia cuma anggap kita kawan je.


mulalah kecewa tak tentu pasal. sebab tu Allah tetapkan garis panduan dalam pergaulan sesama muslim dan muslimat. sebab Allah tak nak hati perempuan terluka kerana wanita cuma punya satu cinta. 30: 31.


saya bukan nak halang awak dengan dia. sekelumit pun takde perasaan jealous saya kat awak. tapi saya kenal dah pun dia macam mana. kalau sebelum ni dia dengan kawan kita. sekarang dia dengan awak pula. kawan kita cakap dia dah banyak dah berubah. tapi saya tau dia bukan dah berubah, tapi tu memang diri dia yang sebenar.


kita takkan kenal orang kalau just through mesej or fb. kita kena jumpa orang tu dulu. even kalau dah jumpa pun,  perangai sebenar dia takkan ter-reveal and it takes time. awak pun tau kan?


so, sekarang ni saya just nak awak keraskan hati awak tu sikit. mind set dia tu just kawan je. kalau text pun, benda penting-penting je ea. sikit-sikit sudah lah.


kalaulah dah tersurat jodoh awak dengan dia, saya tak tau lah. tapi jangan rushing2. sebab saya tau tu just nafsu. normal benda tu.


masa depan kita jauh lagi. awak nak jadi doktor. saya pun nak jadi doktor. cita-cita kita jauh lagi. saya tak nak lah pasal benda-benda macam ni, kita tak dapat capai cita-cita kita sama-sama.


saya faham. kita sekolah semua perempuan. memang lumrah macam tu. tapi saya try belajar banyak dari pengalaman orang lain. awak pun kena banyak belajar lagi. terutama pasal lelaki.


saya dah dapat agak dah apa yang awak nak cerita kat saya. tapi saya just terkejut dengan cara dia tu. semudah tu je. saya tak tau lah dia ikhlas ke tak. tapi kalau betul-betul dia ikhlas, that's not a proper way. 


saya tak nak awak terluka. tak nak sangat-sangat. saya tau sakit sangat. even saya tak pernah rasa pun. kalau boleh, saya nak jaga hati kawan-kawan saya. saya tak nak orang lukakan hati orang yang saya sayang dan saya paling anti kalau orang tu lelaki.


ingat ! perempuan bukan lemah. memang emosi yang selalu kalahkan kita. tapi kita kena ingat kita yang kena pandai kawal perasaan kita. apa-apa pun, kembali kepada Allah. ingat tak sebab kita dicipta? tengok kat 2: 30.


so saya harap awak fikirkan apa yang saya cakap ni tau.


pssst, saya sayang awak sangat-sangat. jangan bagitau orang lain. gedik je kan? jangan sebab benda ni, awak goyah tau. tetapkan hati awak tu. kalau nak lagi bagus, campak je phone tu. :P saya tau saya pun tak sempurna. tapi kita saling menasihati iye. awak tegur saya. saya tegur awak. apa-apa pun, i'm always by your side.

psstt, jangan nangis tau bila baca ni. terharu je boleh. i'm always know who are, sayang. senyum sikit. :)


If the 'Love' makes you become worse. Let it go. it's hard. Allah knows and He will replace someone better for you. If the Love makes your relationship with family or beloved people worse, turn to Allah for decision, Allah knows the best. If you're in dilemma what you want and what make things better. Have faith in Allah, He knows what you've done.He knows what you've sacrificed. Dan, cinta itu memang perlukan pengorbanan.

and one thing about this is that, Allah saves my heart for someone who deserves it. Allah saves me from facing another heartbroken and that's wonderful because I just can't bear with another heartbroken.- inspired by Dena Bahrin.








0 comments:

Post a Comment