Monday, 28 November 2011

independent

manja.

tak. aku bukan manja.

tapi bila parents aku ada, aku jadi tak independent.

aku perasan benda tu.

tapi nak buat camne.

aku terpaksa berdikari apabila diorang takde.

sampaikan kawan-kawan aku cakap aku ni independent sangat.

terpaksa. kalau tak, camne nk hidup kan?

fikirkan....

Friday, 25 November 2011

pendengar yang baik

that's the facts !

bukan seorang yang mengatakan. tapi ramai.

bangga? maybe.

tetapi kadang-kadang aku terfikir.

"i'm a good listener. tapi problem aku?"

pendam sendiri. kalau diberi pilihan, spill or pendam.

aku pilih pendam.

bukan tiada kawan baik. ada. baik dan begitu mengambil berat.

cuma,

aku belum bersedia.

hati aku. masalah aku. semua tentang diri aku.

akan aku simpan sendiri.

belum tiba waktunya....

confident

aku?

nampak je. kat dalam, hanya Allah je tau.

dup dap dup dap !

rasa itu hanya aku seorang sahaja yang tahu. tidak perlu dikongsi.

semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku.

Thursday, 24 November 2011

matang

"bila kau nak matang ni?"

"matured la sikit, Aqilah!"

semua kata-kata tersebut sudah sebati dengan diri aku. yang aku anggap hanya hembusan angin lalu.

bagi aku, matang itu subjektif. aku boleh menjadi matang dalam sesetengah hal.

kita perlu fleksible dalam hidup.

terlalu matang. tak best! tak dapat enjoy life!

perlu sentiasa serius dalam semua hal.

serius? aku?

susah kot. kadang-kadang semua benda aku ambil mudah.

simple.

satu perkataan untuk diri aku.

i'm not a complicated person.

mengaku bahawa diriku sedikit kebudak-budakan. aku senang begitu. janji aku tidak mengacau hidup orang lain. ahhh, pedulikan. semua orang ada hak untuk bersuara.

terlalu serius. stress.

aku stress jika dikelilingi orang sebegitu. kalau boleh aku elakkan, aku akan cuba.

lumrah. hidup ini tidak selalu sempurna. tidak boleh aku elakkan. aku cuba untuk belajar memahami dia.

rasanya tidak perlu untuk sebutkan namanya disini. kawan. aku akan cuba memahami kau.

p/s: that's just my opinion. yours? your own. no force.

Wednesday, 23 November 2011

ragam

ada juga orang begitu iye. memang aku tidak faham.

mengutuk orang lain. padahal diri sendiri sebahagian dari benda yang dikutuk.

apa tujuannya sendiri aku tidak tahu.

hurm, macam-macam ragam.

manfaat yang diperoleh memang amat kabur. tidak sayang langsung dengan diri sendiri.

ataupun sengaja mencari perhatian. mahu semua orang mengenali dirinya. hanya dirinya yang tahu tujuan sebenar.

stress.

mungkin itu salah satu caranya mahu mengurangkan stress. ada orang membaca, menjerit, bersiar-siar.

dan dia memilih untuk mengutuk orang lain. dan perkara yang dikutuk merupakan sebahagian daripada dirinya.

pelik.

serius pelik.

hurm, biarkan.

setiap orang mempunyai hak masing-masing.

mungkin itu caranya mahu menunjukkan kekurangan kasih sayang. siapa tahu...

Tuesday, 22 November 2011

izinkan aku

aku mahu menulis. tapi tiada idea.

apabila idea datang mencurah-curah, aku bukan berada di depan screen ini.

izinkan aku menulis walau sebaris kata.

aku tidak perlu meminta izin kamu kerana aku tahu aku mempunyai kebebasan untuk menulis kerana ini blog aku. 

jujur aku katakan aku masih mentah dalam dunia ini. bimbinglah aku ke jalan yang benar. tegur aku jika aku salah. 


realiti

segalanya sudah tertulis. aku hanya aku.

bukan siapa-siapa yang boleh menjadi diri aku. aku hanya seorang gadis biasa yang terjerat di dalam dunia sains. cuba membina hubungan dengan ramai kawan.

'VARIETY'

satu perkataan yang boleh mendefinisikan kawan-kawan yang telah aku temui. blissful. ragam manusia memang pelbagai. tapi tak semua yang aku boleh ngam. aku masih cuba untuk menyesuaikan diri.

aku seorang yang simple. tidak pernah cuba untuk memilih kawan. aku berkawan dengan semua orang. tapi tak semua boleh menjadi geng aku. aku cuba menilai seseorang pada pertemuaan pertama. tapi aku tau 'Don't you ever judge a book by its cover'.

p/s: no point. just random.

Sunday, 20 November 2011

hmm

hmm,

berikan aku masa okay? aku tengah merubah blog ni.

semua benda perlu berubah dan semuanya memerlukan masa.

p/s: cuti lama lagi. take your time.


Thursday, 3 November 2011

pengorbanan

petang yang sunyi.

teringat plak kat ayah, ummie, along, kak yang dan adik.

warghh~miss them a lot....

"ummie, kakak tak nak balik ea raya haji ni?"

"takpe. lagipun nak balik dah kan 2 minggu lagi"

memang jawapan tu yang aku harapkan tapi makin lama aku rasa 2 minggu tu panjang sangat. plus ramai gila kawan-kawan aku balik. iye la, raya haji kan? siapa yang tak nak beraya dengan family. aku pernah je masa form 5 beraya kat sekolah. memang tak boleh balik sebab dah nak SPM. tapi feeling dia lain sekarang.

dulu ummie ngan ayah datang melawat aku almost every week. now, jangankan jemput balik, melawat pun tak pernah lagi. aku faham. sangat-sangat faham. dulu 45 minutes je dari rumah ke sekolah aku. now ni kalau naik bas tu sampai 5 jam la gak. jauh kn? aku ingatkan Kedah tu lagi jauh dari Shah Alam. tapi rupa-rupanya sama je.

kalau dulu aku tak pernah naik bas balik. now ni, aku kena balik naik bas. aku tak kisah pun. aku rasa aku makin independent now.

kalau dulu aku nak jalan sorang-sorang kat kedai pun takut. sekarang aku pernah je sampai kl sentral tu sorang-sorang. jangan ummie tau sudah. haha.. tapi aku takkan buat lagi kot pasni. insyaallah~ bahaya la anak dara jalan sorang-sorang. ngeri je aku dengar cerita kawan aku pasal kekejaman dunia sekarang. cess~ skema gila ayat. haha..

yang penting aku study elok-elok. final sem dah ni. kejap je aku rasa. dah la aku ni main-main je sem ni. insyaallah final aku buat betol-betol. aku tak nak la kecewakan hati ummie ngan ayah.

ingat Aqilah! bukan senang nak dapat scholar. so kau dah dapat please la buat betul-betul.

study leave ni alhamdulillah aku study even baca tidur baca tidur pun. thanks la kat kawan aku (mun ngan jeeha) yang sama-sama study ngan aku. tolong kejutkan aku yang liat bangun pagi ni. hehe..even korang yang influence aku untuk tidur sebab aku tak boleh nampak orang tidur. haha.. aku rasa kalau aku study kat rumah memang tak study la jawabnya. according to my mum's, aku yang ajak adik aku main bukan adik aku yang ajak aku main. haha..

so the conclusion here is anything must have sacrification even that's hurts you.

p/s: doakan final exam aku 10/ 11 ni. aku sentiasa doakan semua kawan-kawan aku. :)