Thursday, 26 April 2012

share?

observant? aku dah jumpa beberapa orang.

dan aku rasa aku salah seorang.

maybe.

kan aku dah cakap, ragam orang macam-macam.

rentak orang memang pelbagai.

kadang-kadang apa yang kita luahkan tak sama dengan kata hati kita.

aku tau apa yang dia rasa. aku tau apa yang dia fikir. cuma dia tak berani nak luahkan.

dia takut kteorang gula-gulakan dia. eh betul ke ayat aku tu ? ahhh! lantak la...

dia takde tempat nak share apa yang dia rasa.

tapi dia silap.

kteorang boleh je jadi pendengar yg baik.

nak solvekan tu. sorry to say la. aku ni pendengar yang baik je. bukan penyelesai masalah yg baik.

tapi at least beban yang dia tanggung tu kurang.

kurang dari sebelumnya.

p/s: kalau kau terasa yang aku cakap ni kau, jangan la segan-segan nak share tau. i'm here for you. :)




Thursday, 19 April 2012

manusia

ragam manusia. ada macam-macam.

dan aku belajar untuk mengenali mereka. belajar memahami mereka.

tak semua orang yang kita boleh puaskan hati mereka.

aku faham semua tu.

Friday, 6 April 2012

lost

stress. tension. dah 2 minggu aku macam ni. just kemuncak minggu ni.

tears, please? no more ! stop !

serius aku blank time jawab chem test tadi. aku tau soalan senang. tapi aku blank. aku tak tau nak jawab apa. even objektif pun aku terkial-kial. aku takut. pressure. apa aku nak jawab kat madam nanti? parents aku?

starting point after physics test. aku tak boleh jawab pun. maksimum. aku tak boleh tahan. tears...

history will repeat itself. aku tau. memang aku pernah down time awal form 5 dulu. tapi tu lain. yang ni aku rasa aku tak kuat sangat. aku lost diri aku yang dulu. mana Aqilah yang tak pernah mengalah tu? mana? mana? even I can't answer that question.

dulu, aku try bangun time second test. and I did it. and aku pressure bila second test kali ni aku tak perform. sebab aku busy dengan practice silat. takde masa nak study. kalau study pun, aku tidur je. sebab letih.

aku takut. aku takut sangat A-Level ni. aku takut. nauzubillah aku tak lepas. pressure. aku marah diri aku yang tak perform time sem 1 aritu. aku main-main. tak serius.

down bila tengok schoolmate aku yang lain kat sini perform. padahal selama ni aku average diorang je. just kat sini aku rasa aku ketinggalan jauh kat belakang. sangat jauh....

aku tau hidup ni macam roda. aku dah biasa kat atas, sekarang aku kat bawah. tapi aku tak kuat. sangat tak kuat. ada je air mata yang mengalir everyday for this 2 weeks. aku rasa aku paling low sekali. aku paling tak pandai sekali kat sini.

and 1 more, rasa tercabar bila adik sendiri berjaya perform. aku tau dia struggle. tapi aku terasa kalah kat situ. kenapa dia boleh, tapi aku tak boleh ? dia pun baru je start kenal apa tu biology, chemistry, physics, add maths. tapi, dia perform. even dapat 1st in form lagi. serius aku jealous.

stress. aku tak nak. tolonglah ! tears, no more, please? aku kena kuat. aku kena cari aku yang dulu. aku yang lost entah kat mana.

kuat, Aqilah ! kuat, Aqilah ! kuat, Aqilah ! stop, tears !

Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini !

Sunday, 1 April 2012

stress

stress. stress. stress.

tu je yang aku alami sepanjang 2 minggu ni.

silat. jpkca. fa-c. tests.

hari-hari. penat memang penat. tapi no pain, no gain kan?

wajadiri sabtu ni. doakan team INTEC PSSCUH menang. at least semua berpuas hati dengan role masing-masing.

bio test khamis aritu. hancuss~ serius. aku yang malam before test baru nak buka buku biology. memang busy tahap petala kelapan.jealous je tengok housemate aku study. after practice tu aku try study, tapi badan letih kan. so tidur lagi baik.

dan sekarang, aku nak tidur. esok nak wake up utk study. insyaallah, aku bangun.