Saturday, 31 December 2011

welcome, 2012 !

tahun baru. actually aku takde feeling apa-apa pun.

just going with the flow. orang wish sana sini. aku pun sama.

termenung sebentar. maal hijrah tak ramai pun yang nak sambut. even nak baca doa awal dan akhir tahun pun liat. that's more than enough.

haih.

sedih jugak tengok anak muda zaman sekarang ni. cop cop aku pun anak muda jugak laaaa...

merempit sana sini. tengok je lah berita esok. tahun baru disambut dengan benda-benda tak berfaedah.

okay, back to the topic.

aku nak listkan azam tahun baru aku je sebenarnya. dah melalut benda lain pulak.

azam aku 2012 ni:

bismilahirrahmannirrahim...*gaya warm-up

# study tak nak last minute dah. *doakan. susah ni !
# matured sikit *ni memang azam aku every year. tapi tak pernah nak jadi pun. haha..
# jadi perempuan yang cukup kriteria *memasak laa. selalu mak aku kat sebelah je.
# jadi seorang muslimah yang lebih awesome *insyaallah
# banggakan ayah dengan ummie

okay, memang azam aku lebih kurang sama je every year. tapi at least ada improvement even sikit pun.

aminnn~moga 2012 ni lebih baik untuk aku. welcome, 2012 !

Friday, 30 December 2011

time to change

ragam manusia. macam-macam.

adik bertudung labuh. abang rambut macam pelangi. haish, kelibat 2 orang tu manarik perhatian aku. eh cop cop betul ke adik-abang ni ? okay, tak tau. just my assumption.

hurm, lagi sekali aku tekankan. aku bukan alim.

terdetik sebentar. mungkin adiknya cuba merubah abangnya sedikit demi sedikit. poitive thinking.

okay, back to the real point.

tahun baru akan tiba kurang dari 24 jam. refleksi diri amat diperlukan dalam waktu-waktu begini.

haih.

memang tahun 2011 ni bukan tahun yang baik bagi aku.

kenapa?

sebab aku bukan budak sekolah lagi? haih. alasan amata-mata.

sekolah banyak mengajar aku qimulail, solat sunat, mathurat, majmuan. keluar sekolah, buat. tapi kuantitinya amatlah kurang. tu belum masuk bab kualiti.

agak menyesal.

tapi semua tu dah pun berlalu.

semoga tahun 2012 ni lebih baik untuk aku.

aku akan cuba.

anda?

p/s: aku baru dapat lesen P tadi. ayah okay je suruh aku bawak. tapi ummie aku plak yang tak kasi. sayang akulah katakan. heee...

Thursday, 29 December 2011

what you should do if you're facing worries and heart ache

nah! credit to kak Dena Bahrin. sangat-sangat useful tips-tips dia. just sharing. :)

WHAT YOU SHOULD DO IF YOU'RE FACING WORRIES AND HEART ACHE.

  • cry , just cry . it's okay! even if you're a guy .Really.
  • But jangan lupa , menangis tu jangan terbawak bawak sangat.
  • and to make it way better, sambil nangis mohon Allah kuatkan hati.
  • and to make it the best , pray . Yes,pray. Qiyamullail is the best where time tu the best time untuk communicate with Allah sebab time tu sangat sunyi and time berdoa tu nak menangis nak apa.silakan.ALLAH MAHA MENDENGAR. 
  • other than that , read quran.walau satu ayat. read quran or dengar orang baca quran.feel it.
  • Don't curse. akan lagi keraskan hati and gelapkan hati.if TER, cepat2 istighfar.

ego - part 2

memang aku tak faham. tapi aku try untuk faham. bagi aku peluang.

kawan aku. aku risau sangat dia akan jadi macam senior aku tu. emo. tu memang diri dia. and benda tu yang makin buat aku risau. iman memang ada. tapi dia still akan goyah, kan? aku doa sangat dia tak buat benda bukan-bukan.

dia rasa diri dia kalah. kalah dengan perempuan. ego dia jatuh. semua sebab perempuan. dia kalah dengan perasaan sendiri. and again semua sebab perempuan. okay, aku tak nak cakap lebih-lebih sebab aku perempuan. dan maybe orang yang akan baca ni pun perempuan.*macam ada orang baca je.


dan perempuan tu pun kawan aku jugak.

okay, back to bussiness.

bagi aku takde istilah win or loss dalam hal ni. dua-dua orang salah. and tolonglah belajar terima kenyataan. tak semua benda yang kita nak kita akan dapat.

macam-macam cara nak lepaskan kemarahan. sampaikan tumbuk-tumbuk dinding, meja and macam-macam lagilah. bagi aku, buat sakit tangan je kot nanti. problem tetap tak settle jugak. baik buat solat sunat ataupun ambil wuduk je pun dah cukup. sebab syaitan suka orang yang tengah marah ni. cuba bayangkan syaitan-syaitan tu bersorak time kita tengah marah.

nak cakap pasal emo. okay, aku memang tak expert pun. tapi pleaselah control sikit. aku kesian kat kau. and aku memang dah tak boleh nak tolong apa-apa sebab tu hak dia. pilihan dia.

kadang-kadang aku tak faham. bagi aku, kita still boleh hidup without the opposite gender. okay, fine. memang we need each other. aku bukan tak percaya cinta ea. tapi belum tiba waktunya.

lumrah remaja. terasa mahu disayangi dan menyayangi. tapi kalau benda tu sampai effect study, mana lebih penting ? study or cinta ? aku lebih prefer study. benda tu boleh jamin masa depan aku. kalau cinta pulak, tak semestinya orang yang sekarang dengan kita ni akan jadi pasangan kita nanti. perjalanan kita masih panjang. okay, maybe ada yang cakap sebagai penaik semangatlah konon. tapi kalau dah effect study tu, pekebenda lah ! buku melayang entah ke mana. ramai je berjaya without opposite gender.

jodoh. tak ke mana kalau ada. kadang-kadang kita tak perlu cari, kalau ada, adalah. doa je dari sekarang agar dipermudahkan jodoh. tu prinsip aku. letakkan study as the first priority. cita-cita aku yang lebih penting.

p/s: agak lari dari tajuk. sekadar luahan. topik hangat budak remaja. biasalah.







ego - part 1

ego lelaki. memang aku tak faham. ok fine !

betapa hebatnya ego diorang sampaikan tak nak kalah kat perempuan.

belajar daripada pengalaman orang lain. memang bukan pengalaman aku. tapi kawan-kawan aku.

senior aku. lelaki. memang baik dengan aku. aku belajar daripada pengalaman silam dia. seorang yang ceria dan banyak cakap. dan benda yang paling mengejutkan aku ialah dia pernah cuba untuk membunuh diri. mula-mula memang susah aku nak percaya. tapi kawan aku a.k.a. junior sekolah dia mengiyakan benda tu.

semua disebabkan perempuan. clash. perempuan tu curang dengan dia. memang sangat sadis cerita dia. selama aku kenal dia, aku tau dia seorang yang setia. sangat-sangat caring. sampaikan kadang-kadang aku rasa dia dah macam ayah aku dah. terlalu over protective. even ayah aku bukan over protective pun. aku still diberi kebebasan. dan aku hargai kebebasan tu. aku try jaga diri aku.

okay, berbalik cerita dia tadi. sem 1 dia memang disaster giler. sampaikan kawan-kawan dia pun risau tengok dia yang camtu. dan alhamdulillah dia try bangkit balik. cerita pasal macam mana dia sedar balik tu aku tak pasti. aku tak berani lah nak tanya. even cerita yang dia nak bunuh diri tu pun dia sendiri yang rela hati nak cerita. so aku tak berani nak tanya lebih-lebih.

alhamdulillah sekarang dia yang nasihatkan orang lain. based on experience sendirilah katakan. dan aku salah seorang yang diberi nasihat tu. "focus study dulu. tak payah nak fikir-fikir cinta tu. dia akan datang sendiri. kalau ada jodoh, adalah nanti." dan aku pegang kata-kata tu sampai bila-bila.

p/s: tu prinsip aku. yours? your own. no force.

tersepit

tersepit. itu situasi aku sekarang. pada asalnya aku ingin menulis semalam tetapi disebabkan aku penat, aku tangguhkan hingga ke hari ini.

haish, ambil feel seketika.

.....

entah. aku suka tengok kawan aku happy. tapi aku rasa cara macam ni tak betul. nak tegur pun susah. aku bukanlah jenis type-type yang alim pun. tapi aku try jaga diri aku. it's enough. yang simple-simple aku tegur juga kadang-kadang tapi part bab camni aku susah sikit.

aku senang tengok dia boleh jadi diri dia sendiri bila dengan budak tu. tapi even tak declare couple pun, cara diorang still menampakkan benda tu. as orang cakap 'niat tidak menghalalkan cara'. aku tau cara ni tak betul.
tapi aku tak boleh tegur diorang. camne tu?

haish, aku rasa banyak kali aku mengeluh semenjak dua menjak ni. aku still kena ada orang bimbing. kalau dulu, ada je yang bimbing aku. now, aku kena berdikari. mula-mula masuk INTEC, ada seorang kawan aku ni yang boleh betulkan silap aku. malangnya, dia dah fly dulu. before dia fly dulu pun, dia still ingatkan aku. 

kalau bohsia pun boleh berubah, takkan aku tak boleh. aku cuma seorang gadis biasa yang cuba berubah ke arah yang lebih baik.

problem pasal kawan aku tu. aku akan cuba elakkan diorang jumpa selalu sangat. sebab memang aku yang akan selalu temankan diorang time jumpa. 

p/s: aku nak try masuk kelab PSC sem ni. insyaallah kelab ni dapat membimbing aku ke arah yang lebih baik. doakan aku. 


Sunday, 25 December 2011

life

hidup ni umpama roda. sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. aku rasa hidup aku ni sedang melalui fasa-fasa berada di bawah.

everything is perfect.

bukan nak membangga diri. sekolah rendah, aku always no.1. padahal aku tak study sangat pun. time nak exam je aku study. perangai tu memang dah sebati dalam diri aku till sekarang. then UPSR. alhamdulillah 5A. aku dapat offer masuk SBP.

sekolah menengah pulak, time lower form senanglah nak dapat top 10 tu. then, bila naik upper form, aku start merundum. time form 4 especially. top 20 pun aku susah nak jejak. final exam form 4 aku memang teruk. lagipun aku exam lambat daripada orang lain. memang disaster gila hidup aku time tu. hanya Allah je yang tau.  aku down jugak mula-mula sebab aku kena turun kelas second time f5.

tapi ada hikmah di sebaliknya. aku try bangkit balik and maintainkan markah aku. upper form memang susah nak dapat A. dah dapat A- tu kira bersyukur sangat dah. alhamdulillah trial SPM aku straight A's even banyak A- pun. then SPM alhamdulillah aku dapat 10A.

next, aku lepas interview JPA. smooth gila perjalanan hidup aku. alhamdulillah. aku masuk INTEC.

and aku still dengan perangai study last minute aku. tapi A-Level is not easy. seriously! bagi aku, ia menguji kepantasan kita berfikir. aku still belum dapat adapt lagi dengan benda-benda tu even dah habis sem 1 dah.

nak naik sem 2 dah pun! -.-"

entah macam mana results aku nanti. dah lah carry marks aku teruk. antara the lowest dalam kelas. sob2..

Ya Allah, lembutkanlah hati pemeriksa yang menanda kertas aku. tenangkanlah hatinya. berikanlah aku markah yang baik-baik. aminn~

p/s : post di atas disebabkan perasaan yang cuak sangat dengan results final sem 1 yang tak tau keluar bila lagi. haih, tak nak naik sem 2 boleh tak? cuti makin habis.

Wednesday, 21 December 2011

drama aku

alhamdulilah....*bunga-bunga bahagia

setelah mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran, aku berjaya dapatkan lesen 'P'. macam-macam drama aku kena tempuh before pass. tu pun baru kereta. motor belum lagi. nampak gayanya aku kena pergi menghadap driving school lagi lah bulan 5 cuti sem nanti.

haish..

pelik kan? aku yang sengaja nak habiskan kereta dulu. aku ingatkan sempat je nak sambung after pass kereta nanti. dengan bangganya aku meng-announce 3rd time baru aku pass kot. bangga giler ! haha..

meaning aku rasa aku orang 1st kot ada 3 'L' nanti. yang 1st tu memang 'L' sia-sia je. yang 2nd 'L' aku untuk kereta. sampai bulan 2 nanti. tapi aku bulan 1 dah naik kolej dah. aku kena buat 'L' ke-3 lah nanti kan. untuk motor pulak.

papepun, aku dah pass kereta. tak sabar nak ronda-ronda. aku jealous je tengok kawan-kawan aku yang dah expert ke hulu ke hilir tu.hehe..

Monday, 19 December 2011

totally random

aku tau sangat that thing gonna be happen. tapi tak lah seteruk yang aku sangka.

apa feeling budak-budak yang berpenat-lelah before ni?

sia-sia je kan weiyh !

aku one of them. ya Allah, camne lah aku nak face dyorang? kalau takde housemate aku takpe lah gak

ni ! 2 orang tu housemate aku !

aku nampak list tadi. kejap je aku bukak. then aku tak sanggup lagi dah. aku rasa nak out je from that group.

ya Allah, berilah aku kekuatan.

camne dyorang pilih hah? tak fair lah!

dia bukan nampak pun selama ni sape yang bertungkus-lumus

n i got nothing! ZERO!

selama ni aku ajak dyorang, dyorang bukan nak pun. aku tak paksa. and dengan senang-lenangnya dyorang dapat jawatan tu.

aku plak? ZERO! sekali je aku tak pegi sebab ayah aku tak kasi. dah lah buat time cuti. aku jauh laaaa !!!!

aku sedih, sedih, sedih ni!!!!

aku bukan nak sangat jawatan tu. tapi, at least lah bagi kat orang yang dah tunjuk muka before ni.

ni sekali pun tak nampak muka. terus dapat? memang tak fair!!!!!

now ni, apa aku nak buat nanti? aku dah rasa tak nak join je dah. tapi i'm totally stuck with that club.

Ya Allah, berilah aku kekuatan!

Wednesday, 14 December 2011

disaster weeks !

uwaaaaaa !!!!!

banyak betul dugaan dan halangan untuk aku nak dapat lesen ni

failed lagi !

next week 3rd time dah !

apsal laa aku pegi langgar tiang masa nak kuar parking tadi ???

arghhhh !!!!

tension !

Saturday, 10 December 2011

kau buat aku addicted dengan manga ni, shikin !

siap kau nanti !

tapi

okay jugak

sebab takde la aku mati kebosanan kat rumah ni

dah la takde homework

Wednesday, 7 December 2011

hai, hati !

haih

apsal la hati aku ni semenjak dua ni ?

tak betul agaknya

adrenaline terlebih

atau aku yang dah berubah

stop it laaahhhh !!!!

close that heart !

TIGHTLY !

no more space

for anyone

I'M NOT READY YET !

please?

jangan awak goyahkan prinsip saya selama ni
mungkin bukan rezeki aku hari ini.

setiap kejayaan bermula dari kegagalan.

don't you ever give up !

Friday, 2 December 2011

dah besar

haih.

dah besar rupanya kawan-kawan aku ni

dulu semua kecil-kecil lagi

aku je yang tak membesar

haish

#naktinggilagi

abaikan yang atas tu

Thursday, 1 December 2011

I made it !

alhamdulillah :)

everything happens for a reason

learn from mistakes, dear !

note that in your mind !

p/s: pray for me for the real one next week