Friday, 21 October 2011

alpa

basah.

titik-titik hujan jatuh membasahi bumi.

aku termenung sendiri melihat keindahan alam ciptaan Allah.

jauh di sudut hatiku ada sekelumit perasaan kecewa.

mutiara-mutiara jernih cuba untuk aku simpan

bukan ini masanya. hatiku merintih sendiri.

aku sedar aku harus kuat untuk menempuh dugaan yang mendatang

"hai, hati! tabahlah engkau. perjuanganmu belum sampai ke noktah yang terakhir lagi. masih ada masa untuk membetulkan segalanya. bersabarlah, sayang!"

kata-kata tadi begitu tajam menikam hatiku. pedih bagai dihiris-hiris.

aku sedar aku yang alpa

aku sedar aku yang leka

aku sedar semua berpunca dari diriku

"ya Allah, aku sedar aku leka baru-baru ini dalam mengingatimu. aku lupa tentang-Mu. ampunkan dosa hamba-Mu ini, ya Allah. tolonglah aku dalam mencari reda-Mu. aku ingin menuntut ilmu kerana-Mu. bimbinglah aku ke jalan yang benar. peliharalah aku dalam limpahan iman dan tawakal kepada-Mu. ampunkan dosa hamba-Mu yang hina ini. amin"

sabarlah, hati. ini semua ujian buat-Mu. ingatlah bukan selalu kita di atas. sekali-sekala kita akan berada di bawah juga. dan aku rasa waktu itu telah sampai untuk aku.

jika selama ini aku merasa kesenangan, waktu kesusahan telah menjemput aku tika ini.

bersabarlah. tingkatkan usaha dan banyakkan berdoa.

aku takut.

aku takut.

aku takut.

takut akan mengecewakan ibu bapaku.

takut akan mengecewakan diri sendiri.

takut mengecewakan rakan-rakanku.

masa berlalu bagaikan angin. tidak terasa aku kepantasan ia berlalu.

esok aku akan berjuang sebagai seorang pelajar dalam menebus maruahnya kembali yang hampir tercalar dek kealpaan diri.

doakan aku final exam untuk CTIS (islamic studies). :)

p/s: doakan hujan sampai malam. aku malas nak pegi practice silat. heee~ :P

0 comments:

Post a Comment